Bab 1 Pengenalan 1 1 Pendahuluan-Books Download

BAB 1 PENGENALAN 1 1 Pendahuluan
27 Mar 2020 | 4 views | 0 downloads | 319 Pages | 1.79 MB

Share Pdf : Bab 1 Pengenalan 1 1 Pendahuluan

Download and Preview : Bab 1 Pengenalan 1 1 Pendahuluan


Report CopyRight/DMCA Form For : Bab 1 Pengenalan 1 1 Pendahuluan



Transcription

Mohaidin menjalankan kajian yang berkaitan dengan Teori Psikoanalisis Freud peringkat. ijazah doktor falsafah mahupun ijazah sarjana, Rogayah Tara 2011 dalam tesis ijazah doktor falsafahnya bertajuk Makalah. Filsafat Sigmund Freud 1856 1936 dari Universiti Muhammadiyah Jakarta Kajian. Rogayah Tara mempunyai kekuatan tersendiri menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. bagi mengkaji unsur kejiwaan sehingga membawa kepada perubahan tingkah laku. pengarang Beliau berpendapat bahawa kesedaran terhadap sesuatu perkara yang. menyentuh perasaan merupakan tahap utama yang mempengaruhi pemikiran manusia. Perasaan yang tertekan dalam diri akan membawa kepada tidak balas terhadap keinginan. individu Rogayah Tara menyatakan alam sedar adalah sebahagian kecil yang dapat. mempengaruhi tindak balas individu, Rogayah Tara berpendapat bahawa Freud mengembangkan Teori Psikoanalisis. sebagai satu kaedah penyembuhan penyakit kejiwaan Kajian yang dilakukan oleh. Rogayah Tara menggunakan disiplin Teori Psikoanalisis Freud berkaitan dengan. mekanisme helah bela diri bagi mencapai kepuasan Kajian ini dilihat sebagai kaedah. penyembuhan penyakit kejiwaan dan merumuskan tentang tindakan peribadi manusia. bersangkutan dengan tekanan dalam diri serta peranan mekanisme helah bela diri. Perbezaan antara kajian yang dilakukan Rogayah Tara dengan kajian yang dilakukan. sekarang adalah kajian Rogayah Tara lebih berfokus terhadap perasaan semulajadi. dalam diri pengarang dan peranan mekanisme helah bela diri dalam meredakan tekanan. perasaan atau jiwa yang dihadapi oleh pengarang Sementara kajian yang dilakukan. sekarang lebih berfokus kepada perasaan semulajadi dan keinginan yang wujud dalam. diri penyair melibatkan keinginan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran Puisi. penyair Dharmawijaya dianalisis daripada sudut insan masyarakat dan alam Di. samping itu analisis terhadap corak penyampaian melibatkan mekanisme helah bela. diri seperti represi sublimasi dan pindah gantian dilakukan merujuk kepada. perubahan tingkah laku penyair Kajian yang dilakukan terhadap puisi terpilih. Dharmawijaya mempunyai kelebihan bagi memberi pemahaman yang tepat dan jelas. berkaitan keinginan keinginan sebenar yang hendak disampaikan penyair kepada. masyarakat pada ketika itu, Jasna Koteska 2013 dalam tesis ijazah doktor falsafah beliau yang bertajuk. Theoretical Psychoanalysis and Literature dari University of Ss Cyril and Methodius. Skopje Macedonia Kajian ini tentang penulisan karya dan teks ucapan menggunakan. Teori Psikoanalisis Freud Jasna Koteska menerangkan tentang proses berlakunya. keadaan bawah sedar dalam diri pengarang Jasna Koteska menjelaskan bahawa. pengarang menghasilkan karya adalah untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap. sesuatu situasi yang dialami olehnya Jasna Koteska melalui kajian yang dilakukannya. menerangkan bahawa perkara yang pernah dialami oleh pengarang akan menimbulkan. konflik dan perasaan dalam diri yang menyebabkan terhasilnya sesebuah karya. The most successful interpretations often involve searching for hidden. meanings in texts not the meaning of what has been said but the meaning of what. has been left unsaid in the text Such interpretations go beyond the text to seek. out where real textual meanings are concealed,Jasna Koteska 2013 p 27. Jasna Koteska menerangkan bahawa penghayatan yang terbaik dan berkesan bukan. hanya pada makna ayat sahaja tetapi pada maksud tersirat yang memberi makna lebih. mendalam Perkara yang hendak disampaikan juga melibatkan apa apa yang sebelum ini. tidak dapat diluahkan dan dihayati semula melalui daya penghayatan secara kreatif. dengan menghasilkan karya Kelebihan kajian ini adalah analisis dilihat berdasarkan rasa. ketidakpuasan yang wujud dalam keadaan bawah sedar melibatkan perasaan id ego dan. superego Sementara kekurangan kajian Jasna Koteska ialah tidak membincangkan. tentang aspek keinginan dan mekanisme helah bela diri yang berkait rapat dengan. perubahan tingkah laku yang menghubungkan superego pengarang Kajian yang sedang. dilakukan sekarang dapat menambah baik kajian lepas untuk golongan pengkaji dan. pembaca Analisis dilakukan tentang pengaruh bawah sedar yang mewujudkan. keinginan keinginan yang disampaikan menggunakan mekanisme helah bela diri dalam. puisi terpilih Dharmawijaya bagi mencapai kepuasan dalam diri. Naffi Mat 2010 melakukan kajian terhadap kumpulan puisi yang dihasilkan. oleh penyair Dharmawijaya iaitu dalam Warna Maya Derita Buana Jejak Kembara dan. Mutiara Kenangan Tesis ijazah doktor falsafahnya bertajuk Puisi Dharmawijaya. Kajian Teori Pengkaedahan Melayu dan Estetika di Jabatan Kesusasteraan Melayu. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur Kajian ini meneliti puisi. puisi Dharmawijaya dengan menggunakan gabungan jalinan Teori Pengkaedahan. Melayu dan Teori Estetika Melalui Teori Pengkaedahan Melayu beliau menggunakan. Pendekatan Gunaan Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat yang berada bawah. Pengkaedahan Alamiah untuk mengkaji puisi Dharmawijaya Melalui Teori Estetika. pula kajian memfokuskan unsur pengalaman estetika dan sikap estetika yang berada. dalam bahagian persepsi estetika dan unsur unsur gaya bahasa. Naffi Mat 2010 melakukan kajian yang merujuk kepada idea dan pemikiran. penyair Dharmawijaya yang tertumpu kepada hubungan sosialisasi masyarakat di. Kampung Talang tempat lahir penyair ketika itu Aspek pindah gantian juga dikesan. melibatkan objek objek yang ada di sekeliling penyair Naffi Mat menitikberatkan. lapisan makna yang terdapat pada unsur alam kerana bagi beliau puisi Dharmawijaya. memerlukan tafsiran kepada makna makna yang memperlihatkan tentang kemanusiaan. Naffi Mat berpendapat bahawa perkaitan ini mempengaruhi perasaan dan kreativiti. penyair Sementara kajian yang dilakukan sekarang lebih menjurus kepada keinginan. keinginan penyair dan perubahan tingkah laku yang lahir dalam diri penyair. Dharmawijaya dengan mengaplikasikan Teori Psikoanalisis Freud Kajian yang. dilakukan sekarang lebih berfokus terhadap keinginan rasa cinta kehormatan dan. kemasyhuran terhadap insan masyarakat dan alam Mekanisme helah bela diri seperti. represi sublimasi dan pindah gantian turut dijelaskan bagi menerangkan corak helah. bela diri yang dilakukan oleh penyair Dharmawijaya dalam menghasilkan puisinya untuk. mencapai kepuasan diri, Mawar Safei 1995 dalam kajiannya pada peringkat sarjana bertajuk Tendensi.
Personaliti dalam Cerpen Anwar Ridhwan dari Jabatan Persuratan Melayu Universiti. Kebangsaan Malaysia Bangi juga menggunakan Teori Psikoanalisis Freud bagi. membuat perbandingan antara novel novel Anwar Ridhwan dengan novel novel. Dharmala NS dari sudut psikologi Kajian ini dilakukan bagi menganalisis tiga kumpulan. cerpen Anwar Ridwan iaitu Parasit 1976 Sesudah Perang 1978 dan Sangkar 1986. menggunakan Teori Psikoanalisis Freud Keistimewaan kajian Mawar Safei ialah. analisis dilakukan terhadap watak dan perwatakan dijelaskan dengan terperinci. menggunakan Teori Psikoanalisis bagi menerangkan sesuatu maksud yang ingin. disampaikan oleh pengarang, Analisis kajian yang dilakukan oleh Mawar Shafie mendapati bahawa pengarang. menggunakan objek objek fizikal di persekitaran sebagai lapisan tersurat yang. mengandungi maksud tersirat yang dianalisis menggunakan pendekatan Teori. Psikoanalisis Freud Kajiannya juga mendapati bahawa cerpen cerpen yang dihasilkan. oleh Anwar Ridhwan membawa banyak mesej deduktif dan keinginan yang terbaik. Pengarang menyuarakan pemikirannya mengenai pengalaman kehidupan yang pernah. dilalui dan keinginannya dalam kehidupan Sastera Melayu mempunyai nilai nilai dan. keunikan yang tersendiri kerana terhasil daripada keinginan pengarang yang mempunyai. matlamat tertentu Persoalan yang dikemukakan Anwar Ridhwan meliputi segala aspek. kehidupan manusia termasuk kemasyarakatan politik ekonomi dan sosial Perbezaan. kajian yang dilakukan oleh Mawar Safei dengan kajian yang dilakukan sekarang adalah. penekanan kajian sekarang ini terhadap keinginan keinginan penyair Dharmawijaya. berhubung perasaan pemikiran pengalaman dan mekanisme helah bela diri Melalui. kajian ini juga penelitian dilakukan terhadap cara berfikir penyair Dharmawijaya bagi. menzahirkan keinginan terhadap rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran dalam bentuk. puisi menggunakan mekanisme helah bela diri bagi mencapai kepuasan dalam dirinya. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali 2005 pula telah melakukan kajian pada. peringkat sarjana yang bertajuk Novel novel Hamzah Hussain Kajian Watak Dari Sudut. Psikologi di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur Tengku. Intan Marlina Tengku Mohd Ali melakukan penelitiannya terhadap semua novel Hamzah. Hussain iaitu Rumah Itu Dunia Aku 1951 Pemburu Pulang Ke Rumah 1953 Samseng. 1956 Rumah Kosong 1956 dan Hujan Air Mata 1958 menggunakan empat Teori. Psikologi yang dikemukakan oleh Sigmund Freud Karen Horney Carl Jung dan Alfred. Adler Kajian ini menghuraikan konflik jiwa yang dihadapi oleh watak watak dalam teks. kajian berhubung kehidupan yang dijalani Konflik jiwa yang dialami oleh watak watak. dianalisis melalui aksi dalaman dan luaran, Kajian yang dilakukan oleh Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali telah meneliti. unsur psikologi dalam novel novel Hamzah Hussain melalui watak watak dalam novel. tersebut Melalui kajian ini didapati bahawa setiap karya yang dihasilkan oleh pengarang. mempunyai kaitan dengan kehidupan alam persekitaran dan pengalaman hidup. pengarang Karya sastera yang dihasilkan oleh seseorang pengarang dapat memberi kesan. yang bermakna kerana unsur unsur yang terhasil dalam sesebuah karya itu mengandungi. gambaran tentang kehidupan dan masyarakat Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. 2005 p 12 Kajian novel novel Hamzah Hussain yang dijalankan oleh Tengku Intan. Marlina ini menggunakan Teori Psikoanalisis Freud Teori Psikologi Karen Horney Carl. Jung dan Alfed Adler Oleh yang demikian kajian beliau berbeza dengan kajian yang. dilakukan sekarang yang memfokuskan analisis terhadap keinginan rasa cinta. kehormatan dan kemasyhuran berdasarkan Teori Psikoanalisis Freud sahaja Penggunaan. Teori Psikoanalisis Freud dapat menjelaskan keinginan keinginan penyair Dharmawijaya. tersebut dan mekanisme helah bela diri penyair seperti represi sublimasi dan pindah. gantian yang dizahirkan dalam bentuk puisi bagi mencapai kepuasan kepuasan dalam. Seterusnya kajian oleh Mohd Fadzil Baharudin 2010 juga menggunakan Teori. Psikoanalisis Freud dalam menganalisis puisi puisi penyair J M Aziz Kajian pada. peringkat sarjana ini bertajuk Penerapan Teori Psikoanalisis dan Estetika dalam Puisi. J M Aziz dari Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti. Malaya Kuala Lumpur Kajian ini menganalisis puisi puisi J M Aziz menggunakan. Teori Psikoanalisis Freud dan konsep Estetika Kajian yang dilakukan ini. memperlihatkan keinginan keinginan yang hendak dicapai oleh penyair J M Aziz. menerusi puisi yang dihasilkannya Teori Psikoanalisis Freud dan konsep Estetika. digunakan untuk menganalisis nilai keindahan yang wujud semasa penyair J M Aziz. berkarya Objek di persekitaran seperti nelayan pantai ombak hidupan laut dan terumbu. karang dapat digambarkan oleh penyair J M Aziz dalam puisinya Susunan kata kata. yang indah dapat dikesan menerusi pengalaman estetika dan sikap estetika penyair. Dalam kajian tersebut juga penyair J M Aziz dilihat sebagai seorang penyair. kreatif menggunakan objek objek alam yang mengandungi makna makna tersirat di. sebaliknya Kelebihan kajian ini dapat menzahirkan pemikiran J M Aziz terhadap objek. objek laut dalam puisi puisi bagi meluahkan keinginan keinginannya yang terpendam. Mohd Fadzil Baharudin 2010 berpendapat bahawa penyair sebenarnya berada dalam. konflik jiwa dan cuba menyelesaikan permasalahan dalaman yang berlaku dengan cara. berkarya dan menggunakan objek objek di sekitarnya bagi menggambarkan kehidupan. masyarakat dan keinginan penyair pada ketika itu Sementara itu kajiannya pada. peringkat ijazah doktor falsafah berkaitan puisi terpilih ciptaan penyair Dharmawijaya. Analisis yang dilakukan menggunakan Teori Psikoanalisis Freud bagi membincangkan. keinginan keinginan yang wujud dalam diri penyair supaya mudah difahami dan. dihayati Keinginan keingainan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran terhadap. kehidupan yang pernah dilalui disampaikan oleh penyair Dharmawijaya Mekanisme. helah bela diri represi sublimasi dan pindah gantian digunakan bagi mencapai kepuasan. dalam diri penyair, Baharudin Mohd Mohaidin dengan tesis peringkat ijazah sarjana 2000 bertajuk. Puisi Dharmawijaya 1960 1990 Satu Pendekatan Stilistik dari Universiti Putra. Malaysia Serdang Selangor Darul Ehsan membincangkan pengaruh puisi tradisional. yang masih wujud dalam puisi puisi Dharmawijaya Unsur rima dalam puisi penyair. Dharmawijaya didapati yang masih mirip kepada syair dan pantun Melayu Kajian yang. dilakukan oleh Baharudin Mohd Mohaidin terhadap kumpulan puisi Warna Maya 1974. dan Derita Buana 1992 yang dihasilkan oleh Dharmawijaya tidak menyeluruh kerana. hanya menganalisis aspek aspek bahasa dan gaya bahasa bagi membuat perbincangan. tanpa melibatkan pemikiran dan keinginan penyair Hal ini bermakna kajian yang. dilakukan terhadap puisi puisi Dharmawijaya lebih menumpukan aspek bahasa dan gaya. bahasa Aspek ini merupakan salah satu cara yang amat penting untuk mengenal pasti. daya kreativiti individu semasa berkarya menjadi kekuatan bagi kajian yang dihasilkan. Kajian Baharudin Mohd Mohaidin juga meliputi gaya bahasa dan proses pertautan yang. mempunyai perkaitan dengan perasaan pengalaman dan pemikiran penyair dalam puisi. yang dihasilkan Pendekatan Stilistik digunakan untuk meneliti aspek aspek tersebut. Pengalaman sedia ada yang pernah dilalui oleh penyair telah mempengaruhi pemikiran. penyair bagi menyatakan keinginan yang wujud dalam diri Puisi digunakan sebagai alat. penghubung bagai menyatakan keinginan bagi mencapai kepuasan diri. Baharudin Mohd Mohaidin mendapati bahawa karya ciptaan Dharmawijaya pada. dasarnya menggambarkan kehidupan desa Penderitaan yang dialami oleh masyarakat. desa diterjemahkan dalam bentuk puisi Pemikiran Dharmawijaya dalam puisi. berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat desa dianalisis dengan mengambil kira. pengalaman penyair Nilai kasih sayang juga digunakan dalam puisi penyair. Dharmawijaya yang banyak menjelaskan hubungan kekeluargaan dan masyarakat. Kajian kajian lepas didapati tidak pernah menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. bagi membincangkan tentang keinginan keinginan dan mekanisme helah bela diri dalam. puisi Dharmawijaya Kebanyakan kajian lepas menganalisis aspek pemikiran makna. perkataan gaya bahasa dan sumbangan penyair Keinginan keinginan dan mekanisme. helah bela diri penyair sebelum ini tidak dibincangkan menggunakan Teori Psikoanalisis. Freud oleh mana mana pengkaji Oleh yang demikian kajian ini sangat diperlukan dan. mempunyai kelebihan dalam membincangkan keinginan keinginan dalam diri penyair. dengan mengaplikasikan Teori Psikoanalisis Freud dalam puisi Dharmawijaya Di. samping itu mekanisme helah bela diri represi sublimasi dan pindah gantian digunakan. semasa berkarya membantu penyair untuk mencapai kepuasan dalam diri. Penghasilan sesebuah karya sastera merupakan luahan fikiran penyair tentang. kemanusiaan yang melibatkan pengalaman dan idea melalui daya imaginasi Che. Abdullah Che Ya 2010 p 5 Oleh yang demikian kajian terhadap puisi terpilih. Dharmawijaya adalah wajar bagi menganalisis keinginan keinginan penyair melalui rasa. cinta kehormatan dan kemasyhuran yang terdapat dalam puisi puisinya. 1 3 Permasalahan Kajian, Kajian ini membincangkan tentang penyair Dharmawijaya yang menyatakan peristiwa. yang bertolak daripada sastera sebagai cermin diri yang memantulkan permasalahan. kemiskinan pergolakan hidup penderitaan hidup masyarakat desa daripada golongan. petani nelayan dan buruh Dharmawijaya 1998 p 36 Kajian ini menganalisis empat. kumpulan puisi yang dihasilkan oleh Dharmawijaya iaitu Warna Maya 1974 Derita. Buana 1992 Jejak Kembara 1999 dan kumpulan puisi Mutiara Kenangan 2006. Puisi terpilih Dharmawijaya banyak mengungkapkan permasalahan masyarakat yang. dizahirkan dalam puisi yang merupakan keinginan terhadap insan masyarakat dan alam. yang menarik untuk dikaji Abdul Rahim Marsidi 2003 p 6 juga memberi penegasan. yang sama dengan menyatakan sastera itu menjadi dokumen masyarakat dan. mencerminkan kehidupan sesuatu bangsa pada suatu ketika Beliau juga menyatakan. puisi merupakan satu komponen dalam sosial yang menggunakan medium bahasa sebagai. satu ciptaan sosial, Kajian ini dilakukan bagi memahami dan menghayati pemikiran Dharmawijaya.
dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Freud dalam memperkatakan tentang. pergolakan hidup masyarakat petani nelayan dan buruh yang berhijrah ke bandar besar. dikaji dengan lebih teratur dan bersistematik Puisi terpilih Dharmawijaya. menggambarkan perasaan pengalaman dan pemikiran beliau yang kreatif dalam. memperlihatkan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat kampungnya menjadi. suatu yang menarik untuk dikaji Puisi terpilih Dharmawijaya merupakan karya puisi. yang mempunyai daya kreativiti tinggi melibatkan daya imaginasi dan emosi yang. mendalam tentang peristiwa yang pernah dilalui Kajian yang teliti dan mendalam perlu. dilakukan terhadap puisi terpilih Dharmawijaya menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan Permasalahan juga berlaku melibatkan. pengesanan perasaan semulajadi yang memberi kesan kejiwaan berkaitan dengan. keinginan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran, Selain itu Baha Zain 1991 p 18 menjelaskan pemikiran dianggap sebagai induk. atau nadi yang menghidupkan semangat dalam diri seseorang penyair untuk. mengembangkan perjuangan mereka menerusi hasil seni Syed Muhammad Naquib al. Attas 1972 p 18 menyatakan bahawa pemikiran yang rasional dan intelektual. menekankan soal soal keluhuran dan pandangan hidup sebenar dalam masyarakat dan. alam Penyair Dharmawijaya menghasilkan puisi bagi menjelaskan tentang kehidupan. masyarakat melibatkan keinginan terhadap insan masyarakat dan alam Keinginan yang. ingin disampaikan bersifat negatif atau positif khususnya kemiskinan kesusahan dan. ketidakadilan dihayati oleh penyair Dharmawijaya dan dizahirkan dalam bentuk puisi. Hal ini diakui oleh anak perempuannya Susilawati Kamaruzzaman 1999 p 43 iaitu. kebanyakan puisi yang dihasilkan oleh penyair Dharmawijaya mengisahkan tentang. perjuangan masyarakat petani di samping menyuarakan pembelaan golongan miskin. yang tinggal di kampungnya, Penyair secara ikhlas dan jujur melalui puisinya menyuarakan pandangan dan. fikirannya bagi menuntut kebenaran Menurut Baha Zain 1991 p 38 39 isu isu. kemanusiaan memberikan erti sebagai keprihatinan penindasan dan memberikan. kebebasan keadilan serta kebahagiaan memerlukan perjuangan yang seluas luasnya. termasuk dalam bentuk kepengarangan Dalam keadaan tertentu penyair menyatakan. kepentingan masa depan khususnya golongan petani nelayan dan buruh yang miskin. supaya mendapat perhatian sewajarnya, Penyair Dharmawijaya sebenarnya banyak menyatakan rasa ketidakpuasan hati. terhadap kemunduran dan kemiskinan kehidupan golongan petani nelayan dan buruh di. kampung kelahirannya Penyair meluahkan keinginan keinginan melalui puisi bagi. menyatakan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran yang memfokuskan kepada insan. masyarakat dan alam Puisi penyair Dharmawijaya banyak memaparkan pergolakan. kehidupan yang dilalui oleh golongan petani Keinginan penyair disampaikan dengan. menggunakan tahap berfikir secara kreatif tentang pembangunan sosial dan ekonomi bagi. memberi keberkesanan dari segi pembangunan kehidupan petani di kampungnya Penyair. menggunakan mekanisme helah bela diri bagi menyalurkan keinginan keinginan secara. represi sublimasi dan pindah gantian bagi melegakan tekanan emosi yang dialami. Superego dalam diri penyair memainkan peranan utama bagi memastikan keinginan yang. ingin disampaikan penyair disalurkan dalam karya yang diterima oleh masyarakat pada. ketika itu, Di samping itu melalui kajian yang dilakukan pengalamian kehidupan penyair. sebagai anak pesawah dapat dihayati melibatkan keinginan beliau yang disampaikan. dalam puisi mengisahkan kehidupan golongan petani miskin di kampungnya Menurut. Wellek dan Warren 1956 p 35 sesebuah hasil sastera merupakan pandangan dunia. world view bagi golongan masyarakat sekelilingnya Puisi Dharmawijaya merupakan. gambaran sosial insan masyarakat dan alam yang berlaku pada zaman kecilnya Penyair. Dharmawijaya memberi gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat petani di. kampungnya yang bergantung hidup sepenuhnya pada hasil pertanian dan sumber. semulajadi seperti tumbuhan hutan dan ikan sungai Penyair Dharmawijaya dengan ikhlas. dan jujur juga mendedahkan tentang perkara baik melibatkan sikap rajin golongan petani. dan sikap buruk pihak tertentu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di. kampungnya, Puisi terpilih Dharmawijaya dianalisis menggunakan Teori Psikoanalisis Freud bagi.
mengesan keinginan yang melibatkan perasaan pengalaman dan pemikiran Menurut. Sigmund Freud 1955 p 17 pengalaman yang pernah dilalui semasa kecil dahulu. dipendam dan mencari ruang yang sesuai untuk diluahkan bagi meredakan tekanan yang. dihadapi melibatkan tindak balas Hal ini dapat dikesan dalam puisi yang dianalisis secara. tekstual menggambarkan keinginan penyair Dharmawijaya dengan lebih jelas dan. sistematik Puisi penyair Dharmawijaya tercipta daripada perasaan tertekan yang dialami. menimbulkan keinginan yang tidak dapat dipenuhi sehingga berlakunya perubahan. tingkahlaku dan disampaikan dalam bentuk puisi Kajian ini dianggap penting bagi. membantu golongan pengkaji dan pembaca untuk memahami dan menghayati. permasalahan tentang kehidupan masyarakat dan keinginan ketika itu Keinginan yang. disampaikan penyair dalam puisinya mengandungi mesej tertentu yang berhasrat untuk. menghilangkan rasa tertekan yang dialami,1 4 Objektif Kajian. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu, i Mengenal pasti unsur unsur kejiwaan yang mengandungi keinginan rasa cinta. kehormatan dan kemasyhuran dalam puisi terpilih Dharmawijaya. menggunakan Teori Psikoanalisis Freud, ii Menganalisis keinginan keinginan tersebut dari aspek insan masyarakat dan. alam yang disalurkan menggunakan mekanisme helah bela diri represi. sublimasi dan pindah gantian dalam puisi terpilih Dharmawijaya. iii Menilai hubungan antara keinginan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran. dengan mekanisme helah bela diri yang terdapat dalam puisi terpilih. Dharmawijaya,1 5 Bidang Kajian, Kajian yang dilakukan dengan memberi tumpuan terhadap puisi terpilih Dharmawijaya. Kajian ini memfokuskan keinginan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran yang banyak. terdapat dalam puisi Dharmawijaya dan disampaikan melalui mekanisme helah bela diri. represi sublimasi dan pindah gantian Teori Psikoanalisis Freud diaplikasikan bagi. menjelaskan tentang perasaan pengalaman dan pemikiran yang berkaitan dengan. keinginan penyair yang disampaikan dalam bentuk puisi Pengalaman sedia ada yang. pernah dilalui oleh penyair Dharmawijaya memainkan peranan penting semasa. pengkaryaan berlaku bagi menyampaikan keinginan dalam bentuk puisi. 1 6 Bahan Kajian, Kajian ini dilakukan terhadap puisi terpilih Dharmawijaya yang dihasilkan melalui.
perasaan pengalaman dan pemikiran yang mengandungi keinginan rasa cinta. kehormatan dan kemasyhuran Kajian dilakukan terhadap puisi terpilih daripada. kumpulan puisi Warna Maya 1974 Derita Buana 1992 Jejak Kembara 1999 dan. Kumpulan Puisi Mutiara Kenangan 2006 Jumlah keseluruhan puisi yang dianalisis. sebanyak 156 buah termasuk 12 buah puisi dipilih dalam Kumpulan Puisi Mutiara. Kenangan 2006 Puisi terpilih Dharmawijaya dianalisis bagi merungkaikan keinginan. keinginan penyair yang disampaikan melalui mekanisme helah bela diri bagi menyatakan. keinginan rasa cinta kehormatan dan kemasyhuran terhadap insan masyarakat dan alam. ketika itu Menurut Nazeri Samah 2005 p 23 puisi Dharmawijaya mengandungi. keilmuan dalam kepenyairan beliau yang dapat dilihat menerusi gaya bahasa pengalaman. dan pemikiran Puisi terpilih penyair Dharmawijaya yang dihasilkan melalui perasaan. pengalaman dan pemikiran dapat memenuhi objektif kajian dengan menggunakan Teori. Psikoanalisis Freud,1 7 Batasan Kajian, Kajian ini terbatas kepada puisi terpilih Dharmawijaya yang terdapat dalam antologi. Warna Maya 1974 Derita Buana 1992 Jejak Kembara 1999 dan kumpulan puisi. Mutiara Kenangan 2006 Jumlah keseluruhan puisi yang dianalisis bagi pemilihan ialah. sebanyak 156 buah puisi termasuk 12 buah puisi dalam Kumpulan Puisi Mutiara. Kenangan 2006 Puisi terpilih Dharmawijaya terdiri daripada 23 buah puisi berkaitan. keinginan rasa 22 buah puisi keinginan rasa kehormatan dan 12 buah puisi keinginan.


Related Books

pelatihan ATMEGA8535 CVAVR1 - Feedback controller

pelatihan ATMEGA8535 CVAVR1 Feedback controller

MIKROKONTROLER ATMEGA8535 . UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA i. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA - 1 - PENGENALAN BAHASA C 1. PENDAHULUAN Bahasa C pertama kali digunakan di komputer Digital Equipment Corporation PDP-11 yang menggunakan sistem opersi UNIX C adalah bahasa yang standar, artinya suatu program yang ditulis dengan bahasa C tertentu akan dapat dikonversi dengan bahasa C yang ...

Pengenalan Pendekatan Linguistik Kognitif ??????? dalam ...

Pengenalan Pendekatan Linguistik Kognitif dalam

Pengenalan Pendekatan Linguistik Kognitif ??????? dalam Penelitian Bahasa Oleh: Dedi Sutedi Makalah Disampaikan dalam Temu Ilmiah Pendidikan dan Linguistik Bahasa Jepang II, tanggal 26 September 2003 di Bandung A. Pendahuluan 1. Latar belakang munculnya linguistik kognitif, sebagai reaksi terhadap aliran

Bab I Pendahuluan Dasar dasar perintah Surpac Vision

Bab I Pendahuluan Dasar dasar perintah Surpac Vision

DOWNLOAD TUTORIAL MINESCAPE, XPAC, MINEX dan SURPAC : bit.ly/2mJJJys DOWNLOAD TUTORIAL MINESCAPE, XPAC, MINEX dan SURPAC : bit.ly/2mJJJys. Bab II. Pengenalan Perintah Editing Mulai dengan Job Baru Hidupkan surpac anda, Hidupkan juga Palet menu editing yang lain dengan klik kanan pada sebelah kanan atas pada layar komputer anda Aktifkan Work directory anda dengan klik kanan pada folder yang ...

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1 1 PENGENALAN

peningkatan ini disebabkan oleh modul kurikulum yang diamalkan di PASTI menekankan pendekatan Pendidikan Islam yang berbeza dengan modul kurikulum prasekolah lain atau disebabkan oleh faktor-faktor sampingan yang telah menarik 20 Pn. Hjh Khairiah Mohd, (Bahagian Kurikulum Jabatan PASTI Malaysia 4 Tahun (K4T)), dalam

PENGENALAN ALAT KONSTRUKSI

PENGENALAN ALAT KONSTRUKSI

MACAM DAN FUNGSI BERBAGAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN PEKERJAAN BANGUNAN GEDUNG. 4/3/2011 2 I.PENDAHULUAN PENGGUNAAN PERALATAN: merupaka salah satu sumber daya yang sering digunakan dalam suatu proses konstruksi dengan tujuan: menghemat waktu,menghasilakan mutu yang lebih baik,menghemat tenaga manusia dan menghemat biaya*** Kelebihan cara membeli; tidak ada ketergantungan ...

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN - University of Malaya

BAB 1 PENDAHULUAN 1 0 PENGENALAN University of Malaya

Kajian Awang Hasmadi ini didapati lebih mendalam sehingga meneliti tentang susur galur masyarakat Kayan, Melanau dan etnik lain yang terlibat serta sosiobudaya negeri Sarawak. Kajian ini juga menganalisis novel dari sisi antropologi dan latar belakang masyarakat Dayak Sarawak pada kurun ke-19 termasuk amalan budaya, kepercayaan

KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEP MAQAMAT: KAJIAN ...

KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEP MAQAMAT KAJIAN

maqamat dan kemudiannya merumuskan satu kaedah psikoterapi Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini dibahagi kepada enam bab iaitu bab pendahuluan, bab pertama mengenai latar belakang tokoh tasawuf Abu Talib al-Makki serta pengenalan kitab Qut al-Qulub, bab kedua membincangkan mengenai konsep maqamat dalam tasawuf dan

Industrial Automation - deltaww.com

Industrial Automation deltaww com

Industrial Automation Delta Website Updates List ... Drive 2012/06/14 Download Servo Systems- AC Servo Motors and Drives Catalogue ASDA -A2 English 2015/10/21 Download Catalogue ASDA -A2R English 2015/01/20 Download Catalogue ASDA -B2 English 2015/10/15 Download CNC Solution Technical Document NC300 Operational Manual English 2015/12/02 Download. Delta Confidential 3 Website Updates ...

Copper spreads revisited Daily Commodities - KITCO

Copper spreads revisited Daily Commodities KITCO

Standard Bank Global | Commodities 18 December 2014 2 Base metals Quiet and choppy just about sums up the base metals complex today, with the metals

LNAI 3202 - Discovery of Regulatory Connections in ...

LNAI 3202 Discovery of Regulatory Connections in

Discovery of Regulatory Connections in Microarray Data Michael Egmont-Petersen, Wim de Jonge, and Arno Siebes Institute of Information and Computing Sciences, Utrecht University, Padualaan 14, De Uithof, Utrecht, The Netherlands [email protected] Abstract. In this paper, we introduce a new approach for mining regulatory in-